Edwin S Porter
- Merupakan seorang pengarah yang berbakat dan terkenal bersama Thomas Edision.Edwin S Porter merupakan perintis filem yang terawal.
- Beliau telah berjaya menunjukkan
hasil kerja beliau yang cemerlang ialah "Life of An American Fireman"
(1903) dan "The Great Train Robbery" (1903).
- Antara sumbangan beliau dalam bidang perfileman ialah:-
- Beliau merupakan di antara pengarah filem yang memperkenalkan pembikinan filem secara naratif.
- Beliau telah memperkenalkan kaedah pembikinan yang ringkas dan hanya
memgambil masa 12 minit untuk 1 gulungan filem yang memerlukan 20
pengambaran.
- Beliau
telah menggunakan 10 lokasi dalaman dan luaran yang berbeza dengan
menggunakan teknik "cross-cutting" untuk menunjukkan tindakan serentak
di tempat yang berbeza.Ianya dapat dilihat menerusi filem "The Great Train Robbery" (1903).
- Beliau turut mengembangkan idea Meleis iaitu "helah" yang seterusnya dapat menggambarkan dua peristiwa dalam satu masa.
- Penyuntingan
dalam pembikinan filem secara bebas merupakan titik perubahan terbesar
dalam pembangunan filem iaitu menjadikan filem sebagai satu bentuk seni
naratif.
D.W.GRIFFITH
- D.W.Griffith merupakan di antara perintis pengarah filem Amerika. Beliau juga
dikenali sebagai pengarah filem epik yang terbaik melalui filem "Birth
of Nation" (1915) dan "Intolerance" (1916)
- Beliau banyak menyumbang dalam bidang perfileman. Antara sumbangan beliau ialah:-
- beliau merupakan antara pengarah yang menggunakan kamera yang canggih dalam pembikinan filem beliau.
- beliau turut mengutarakan idea dan naratif atau jalan cerita baru
seperti yang telah direalisasikan melalui filem "Birth of Nation" yang
telah mengambarkan sikap negatif masyarakat Amerika-Afrika yang akhirnya
mencetuskan ketidakpuasan hati masyarakat.
- beliau turut digelar sebagai "Father of FilmTechnique" kerana usaha
dan pemikiran beliau dalam menambahbaikkan sebuah filem dari pelbagai
sudut yang seterusnya akan dapat memberi kelainan dalam filem beliau.
- Beliau secara amnya dianggap sebagai salah satu tokoh yang paling penting dalam pengarahan pawagam awal untuk arahan teknik filem dan kemahiran ekspresif.
- Beliau meninggal dunia akibat pendarahan serebrum pada 23 Julai, 1948, semasa dalam perjalanan ke sebuah hospital Hollywood.
- Kematian beliau sangat di rasai oleh peminat-peminat filem.

- George Méliès banyak menyumbang kepada industri filem. Beliau mempelopori penggunaan kesan khas dalam perfileman.
- Beliau adalah pembikin filem pertama untuk bereksperimen pendedahan luput masa berganda dan mewarna menggunakan tangan pada filem-filem perjalanan fiksyen. Beliau mengarahkan filem bertajuk Trip To The Moon dan juga Impossible Voyage.
- .Beliau juga mempelopori penggambaran filem seram.Beliau mencipta projektor pawagam dengan sendiri dan berjaya menggabungkan elemen teater dalam gerakan gambar.Beliau adalah pembikin filem pertama untuk membentangkan benda yang menakjubkan disifatkan mustahil dalam kehidupan teater, manakala penggambaran beliau kebetulan menemui bahawa kesan khas boleh dieksploitasi dalam pembuatan filem.
- Kesan khas ini dieksploitasi dengan kesan kompleks khas di mana objek yang muncul, hilang dan berubah menjadi objek.Walaupun beliau
tidak lagi mampu membuat filem selepas tahun 1913 atau satu lagi
peringkat pristasi dalam teater selepas 1923,beliau terus menulis,
melukis dan menasihati pengarah filem yang baru berkecimpung di dalam
bidang pembikinan filem dan terus menyokong teater sehingga ke akhir
hayatnya.
- Antara filem yang di arah oleh beliau ialah Astronomer`s Dreams 1897,The Peeping Tom 1897, The Mermaid 1904.
Beliau telah menghasilkan lebih 500 buah filem dan cerita
pendek disepanjang penglibatan beliau dalam pembikinan filem. Beliau
telah meninggal dunia pada 21 January 1938 kerana menghidap kanser.