Edwin S Porter
- Merupakan seorang pengarah yang berbakat dan terkenal bersama Thomas Edision.Edwin S Porter merupakan perintis filem yang terawal.
- Beliau telah berjaya menunjukkan hasil kerja beliau yang cemerlang ialah "Life of An American Fireman" (1903) dan "The Great Train Robbery" (1903).
- Antara sumbangan beliau dalam bidang perfileman ialah:-
- Beliau merupakan di antara pengarah filem yang memperkenalkan pembikinan filem secara naratif.
- Beliau telah memperkenalkan kaedah pembikinan yang ringkas dan hanya memgambil masa 12 minit untuk 1 gulungan filem yang memerlukan 20 pengambaran.
- Beliau telah menggunakan 10 lokasi dalaman dan luaran yang berbeza dengan menggunakan teknik "cross-cutting" untuk menunjukkan tindakan serentak di tempat yang berbeza.Ianya dapat dilihat menerusi filem "The Great Train Robbery" (1903).
- Beliau turut mengembangkan idea Meleis iaitu "helah" yang seterusnya dapat menggambarkan dua peristiwa dalam satu masa.
- Penyuntingan dalam pembikinan filem secara bebas merupakan titik perubahan terbesar dalam pembangunan filem iaitu menjadikan filem sebagai satu bentuk seni naratif.
No comments:
Post a Comment