- METROPOLIS merupakan filem hitam putih.
- dikategorikan dalam salah satu "silent film"
- diarahkan oleh Fritz Lang
SINOPSIS
Filem ini mengambil latar masa iaitu latar masa hadapan. filem ini
mengisahkan tentang taraf perbezaan kehidupan di antara masyarakat yang
kaya dengan masyarakat yang miskin iaitu para buruh. Turut dipaparkan di
dalam cerita ini ialah kisah percintaan di antara Freder iaitu anak
orang yang berpengaruh dengan Maria, iaitu hanya dari kalangan orang
biasa. Dalam pada masa yang sama, Frederson iaitu seorang pengusaha yang
kaya cuba untuk mewujudkan satu pemberontakan daripada para buruh
dengan alasan untuk memberi pengajaran kepada buruuh yang tidak berpuas
hati dengannya. Frederson telah mengupah Rotwang iaiu seorang ilmuan
untuk mencipta robot yang menyerupai Maria. Maria yang asli merupakan
seorang wanita yang cuba untuk menghentikan pemberontakan dan telah
mengatakan bahawa mereka memelukan 'mediator untuk mendapat keamanan
tersebut tetapi robot 'Maria' bertujuan untuk mewujudkan pemberontakan. Robot 'Maria' berjaya mewujudkan pemberontakan dalam kalangan para
buruh. Para Buruh telah merosakkan perkakasan di dalam kilang dan di
bawah tanah yang akhirnya telah menyebabkan banjir. Setelah menyedari
tindakan yang diambil oleh mereka adalah salah, mereka telah memberontak
dan cuba untuk membakar robot 'maria' Freder menyangka yang dibakar itu
ialah maria yang asli. Sedang maria yang asli telah dikejar oleh
Rotwang. Filem ini berakhir dengan kematian Rotwang akibat daripada
terjatuh dari atap semasa bertelingkah dengan Freder. Akhirnya Maria
berkata bahawa mediator hanya akan dapat dimiliki apabila mereka bersatu,
iaitu di antara golongan kaya dan golongan buruh.
Unsur fiksyen:
Unsur fiksyen:
- Penciptaan robot 'Maria'.
- Latar masa - tahun 2026.
- Pembinaan set, props, kostum.
- Mesin masa di dalam kilang.
- Hubungan di antara sains dan manusia.
No comments:
Post a Comment